Seawal jam 6:45 pagi dia telah pun terpacak di perhentian bas Taiping. Menunggu bas ke Kuala Kangsar, bandar diraja. Kelibat manusia masih belum ramai. Hanya ada peniaga-peniaga yang baru membuka kedai, pejual tiket dan pemandu-pemandu bas. Ada juga sepasang remaja sedang bermadu kasih di dalam perhentian itu.
'Pagi-pagi dah dating ke? Apara'.
'Aku g taiping'.
Begitu bunyinya sms pendek dari Speki setelah Madeq memberitahu bas jam 7 masih belum bergerak walaupun sudah lewat 15 minit dari jadual asal. 20 minit kemudian, Speki pun muncul di perhentian bas.
Kereta Wira itu meluncur laju menuju Bidor, mengikut jalan lama. Jimat tol katanya Speki. Persinggahan untuk mengambil Am sebelum terus ke destinasi, Sungai Buloh. Am yang dahulunya memang berbadan besar, semakin berisi. Gaya-gaya bapa orang pun ada. Hampir 6 tahun tak bertemu dengan Am namun sedikit pun tidak merasa canggung. Am masih seperti dulu, tidak banyak bercakap tapi tahu bila hendak menyelit.
Keesokan hari selepas kenduri Zam, dia ke Sungai Buloh, Selangor pula bersama Speki dan Am. Kali ini untuk meraikan dan memeriahkan majlis persandingan seorang lagi rakan serumah dan juga sebilik semasa membuat diplomanya dahulu, Rahim bin Nor Rizan.
Kenduri Rahim lebih meriah dengan kehadiran beberapa rakan dari IKM. Di sana sedia menanti, Jiji dan aweknya juga Mirza. Tiada jodoh untuk bertemu dengan Daoz kerana kelewatannya tiba. Sebenarnya Madeq mengharapkan lebih ramai rakan IKM yang datang kerana rata-rata berada di Kuala Lumpur. Muslim, Muna, Wak Di, Noni, Ida, Eddy, Ayu dan entah siapa lagi sepatutnya boleh hadir ke majlis itu. Sedangkan dia yang dari Perak pun boleh datang apatah lagi yang sedia ada di KL. Pelik tapi benar.
Rahim masih sama seperti dahulu. Tetap putih dan semestinya masih lebih tinggi 10 cm dari Madeq. Gadis pilihannya dari Johor. Sama padan dan sama lawa.
Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia dan kekal sehingga akhir hayat hendaknya. Amin.

'Bila la pulak giliran aku ni naik pelamin'.

No comments:
Post a Comment